Rasanya setiap pasangan yang sudah bergelar ibu bapa tahu ada fasa dimana anak-anak akan menjadi memberontak terutamanya apabila mereka di fasa remaja.
Namun, di Malaysia ini boleh dikatakan isu memberontak di kalangan anak-anak tidaklah terlalu teruk seperti di negara luar, tetapi kisah yang sedang tular di Twitter baru-baru ini lain pula apabila seorang gadis mengakui benci akan kedua-dua ibu bapanya.
Lihat pada tangkap layar yang di muat naik semula oleh pengguna Twitter terbabit, gadis tersebut mengatakan dia tidak suka keluar berjalan bersama ibu bapa kerana segan kepada orang ramai.
MENDE pic.twitter.com/FMX0L4tjy1
— malaytwt fight (@hourlymalaytwt) February 28, 2022
Dalam pada itu, dia turut mempertikaikan anak-anak yang lain boleh saja keluar dengan rakan-rakan tetapi kenapa dia perlu keluar dengan ibu serta ayahnya.
Tambahannya lagi, oleh kerana ibu bapanya sering ‘memaksa’ dia untuk mengikuti mereka berjalan bersama-sama, ia boleh membuatkan dirinya menjadi toksik serta tidak menghormati mereka.
Meninjau pada ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan luahan gadis itu dan ada juga yang berkata keluar dengan ibu bapa merupakan satu momen yang tidak dapat digantikan dengan apa-apa kerana terlalu berharga.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Malu S*al!” – Anak ‘Post’ Malu Keluar Jalan-Jalan Dengan ‘Parents’ Bikin Netizen Berang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments