Terdahulu, tular di media sosial video rakaman memaparkan pertelingkahan yang berlaku antara tiga orang pelanggan di sebuah kedai serbaneka telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, seorang individu berpakaian seragam Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah bertindak memukul seorang lelaki berbangsa india yang didakwa telah mengambil 2 cawan mi segera tanpa membayar.
Difahamkan, lelaki itu yang didakwa sedang mabuk turut cuba untuk meloloskan diri namun gagal apabila diserang oleh dua individu berpakaian seragam tersebut.
Namun, meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan dua individu berpakaian seragam tersebut kerana melakukan hukuman sesuka hati tanpa mengikut undang-undang.
Apa hak awak nak tampar orang, walaupun orang tu memang salah undang-undang kan ada. – Netizen.
“Magi 2 cup hukum sampai macam tu sekali, apa salah cakap elok-elok dari kau tampar budak tu, baik kau tolong bayar lepastu kasi nasihat, lagi afdal,” tulis seorang pengguna Facebook.
7-11 Take persons. Expose the perpetrators. Do you dare hit the leader who stole the people's money? Not brave but you dare hit the person who stole the food. Make a report of causing injury to someone. pic.twitter.com/jslq622IvO
— Dominic Damian JAN 1513 (@jan_1513) March 29, 2022
Menurut laporan Kosmo, pihak Prasarana memandang serius perkara tersebut dan sedang menjalankan siasatan berhubung video tular tersebut.
Tindakan si pemukul adalah bertentangan dengan kod etika kerja Prasarana. Justeri itu, siasatan serta-merta sedang dilakukan berkenaan insiden itu.
Dalam pada itu, Prasarana memohon maaf atas kejadian terbabit dan menjamin tindakan susulan yang bersesuaian akan diambil bagi memastikan perkara sebegini tidak akan berulang di masa hadapan.
The post (VIDEO) “Apa Hak Awak..” – Gara-Gara Didakwa Curi Maggi, Prasarana Siasat Staf Pukul Orang Awam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments