Sebuah perkongsian daripada seorang individu menjadi tular di media sosial apabila dia ada memuat naik sebuah pertanyaan mengenai tahap keselamatan alat kemudi ataupun ‘steering’ yang sudah diubah suai menjadi separuh seperti kegunaan kereta lumba.
Berikutan itu, individu yang dikenali ini sebagai @AidFawzal yang juga merupakan seorang Doktor Falsafah dalam bidang Automotif dan Sistem Penyejukan Sukan Permotoran menjelaskan mengapa ‘steering’ jenis ini perlu dielakkan oleh pemilik kenderaan.
Pertama sekali, "beauty is in the eye of the beholder". Maksudnya kecantikan itu, berbeza² bergantung kepada siapa yang melihatnya.
Dan bila sesuatu tu dicipta atas sudut kecantikan, ia meletakkan keutamaan terhadap seni.
— Aid Fawzal (@AidFawzal) March 25, 2022
Kata Aid, meskipun reka bentuk alat kemudi itu cantik dan ‘sporty’ bagi sesetengah pengguna, tapi sebenarnya ianya sangat bahaya kerana steering pada asasnya direka dalam bentuk bulat bagi kegunaan kereta harian supaya pancaindera manusia boleh terus melihat jalan sambil mengemudi kenderaan tanpa perlu berfikir panjang.
Jelasnya, jika ia diubah menjadi hanya separuh seperti gambar tersebut, pemandu perlu menggunakan akal untuk berfikir lebih ‘ekstra’ untuk memaut apa yang boleh memandangkan ‘steering’ tidak lagi berbentuk bulak.
Maka, jika nasib tidak baik misalnya terlibat dalam kemalangan, pemandu akan panik dan boleh hilang kawalan dengan mudah.
Dan pastinya, ianya akan menyusahkan pemandu yang mahu parkir dan juga membuat pusingan U.
Tetapi, kenapa ianya digunakan dalam kereta lumba? Menurut Aid, fungsi steering separuh ini selaras dengan fungsi ‘racing cars’ kerana pelumba hanya memegang pada kiri dan kanan selain memerlukan darjah pusingan yang sedikit untuk mengemudi kenderaan secara penuh ‘lock-to-lock’.
Jangan hanya kerana ianya terlihat cantik, tapi perlu korbankan fungsi penggunaannya sehingga membahayakan nyawa pula ya!
The post Jadi ‘Trend’, Pakar Perjelas ‘Steering Separuh’ Sebenarnya Bahaya Untuk Kenderaan Harian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments