Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang semakin tinggi dari hari ke hari, pastinya ada orang sekeliling kita yang pernah dijangkiti wabak merbahaya ini.
Mungkin ada yang belum tahu, anda yang pernah dijangkiti COVID-19 sebenarnya boleh ‘claim’ PERKESO dan tuntutan itu sebenarnya ‘valid’ ya!
Menerusi satu untaian Tweet di media sosial Twitter, individu ini ada berkongsikan langkah-langkah dan cara yang betul untuk membuat ‘claim’ tersebut setelah dijangkiti virus itu.
Korang dah tahu belum kalau kene covid boleh claim dengan PERKESO?
Aku punya dia ambik masa seminggu je untuk proceed.
Isi borang kemalangan macam biasa, pastu nanti dia minta statement bank, kedatangan kerja, caruman company, copy ic, bukti quarantine dari mysejahtera,RTK pic.twitter.com/GlqBa6ObNh
— US Syabeill ???? (@USsyabeill) March 16, 2022
Katanya lagi, dia mengambil masa seminggu untuk mendapatkan tuntutan tersebut dan amaun yang diperolehinya tidak sama dengan orang lain kerana ia bergantung kepada gaji dan juga tempoh kuarantin masing-masing.
Dan perlu diingatkan, tuntutan tersebut hanya boleh dibuat jika jangkitan wabak COVID-19 itu berlaku di tempat kerja anda sahaja dan juga pencarum PERKESO yang berusia 60 tahun ke atas layak mendapat sebarang tuntutan walaupun bukan di tempat kerja.
Langkah-langkah untuk memohon ‘claim’ PERKESO jika dijangkiti COVID-19 di tempat kerja adalah seperti berikut.
1.Klik pada pautan https://faedah.perkeso.gov.my/
2.Log masuk
3. Isi Borang 34 (sediakan dokumen di bawah)
– Sijil cuti sakit yang asal
– Salinan rekod kedatangan / kad perakam waktu bulan kemalangan yang disahkan oleh majikan atau surat pengesahan majikan (jika tidak mengamalkan rekod kedatangan / sistem kad perakam waktu)
– Laporan pengesahan positif COVID-19
– Slip gaji 6 bulan sebelum kemalangan
– Salinan muka hadapan buku akaun bank/ penyata akaun simpanan
– MC atau surat kuarantin dari KKM
Semoga memberi manfaat!
The post Pernah Kena COVID-19? Ini Langkah Mudah Nak ‘Claim’ Dari PERKESO first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments