#Hiburan: “Sebelum Buat Ada Minta Rakam Dulu Ke?” – Netizen Tegur Gadis Meratap Sampai Terbaring Di Kubur Bapa

Pemergian ibu bapa sememangnya satu kesedihan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Namun, rintihan seorang anak yang kehilangan bapa buat selama-lamanya mendapat perhatian netizen di TikTok.

Advertisement

Video itu dimuat naik oleh gadis itu sendiri di mana dia dilihat menangis sambil memeluk pusara bapanya dalam keadaan terbaring di atas tanah.

Beberapa orang wanita dilihat cuba menenangkan dan memintanya untuk bangun dari situ.

Advertisement

Menerusi ruangan komen, gadis itu menerangkan dia merupakan anak tunggal dan semestinya kehilangan bapa sangat sukar buatnya.

Ramai netizen mengucapkan takziah selain ada yang turut berasa sebak serta menceritakan pengalaman mereka.

Bagaimanapun, sesetengah netizen sempat memberikan nasihat dan menegur gadis itu kerana ia dilihat seolah-olah dia tidak dapat menerima ketentuan Allah.

Menurut mereka, tindakannya itu berlebihan dan tidak elok sebaliknya perlu lebih banyak bersabar dan reda dengan pemergian bapa.

Memang tak elok kalau sampai meratap macam ini. Harap adik ini tabah dan dapat redha dengan pemergian bapa tercinta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 jam lalu

"Mak Siapa Tu?" - [VIDEO] Wanita Dikecam 'Tapau' Kuih Dekat Kenduri Tapi Majlis Belum Habis?

The post “Sebelum Buat Ada Minta Rakam Dulu Ke?” – Netizen Tegur Gadis Meratap Sampai Terbaring Di Kubur Bapa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments