#Hiburan: Tiada Perancangan Untuk Mengharamkan Nikah Bawah Umur – KPWKM

Menerusi laporan The Star, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa pihak mereka tidak mempunyai perancangan atau ketetapan bagi melaksanakan undang-undang pengharaman pernikahan golongan bawah umur untuk waktu ini.

Menerusi menterinya, Datuk Seri Rina Harun membuat kenyataan tersebut ketika sidang parlimen bagi menjawab soalan YB Permatang Pauh iaitu Nurul Izzah yang menanyakan isu perkahwinan bawah umur.

Advertisement

Menjawab pertanyaan tersebut, Rina berkata meskipun pihak KPWKM tidak mempunyai perancangan ke arah itu, namun kerajaan tetap komited untuk mengekang perkahwinan bawah umur menerusi program di bawah Pelan Stratefi Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur (Pelan).

Jelasnya lagi, isu tersebut bukan sahaja perlu ditangani menerusi perubahan perundangan malah melalui pendidikan, advokasi, kesihatan dan lain-lain.

Advertisement

Dalam pada itu, Rina juga menzahirkan harapan agar Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan akan terus komited dalam memantau perlaksanaan dan perkembangan program yang dirancang.

Tambahnya lagi, bagi penepatan had umur kepada 18 tahun untuk urusan perkahwinan adalah tertakluk kepada kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).

cuti materniti dan paterniti
3 jam lalu

Cuti Bersalin Kini Dilanjut Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti Suami 7 Hari - Parlimen

The post Tiada Perancangan Untuk Mengharamkan Nikah Bawah Umur – KPWKM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments