#Hiburan: [GEMPAR] Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dadah

Polis Petaling Jaya telah menahan seorang penyanyi nasyid kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah.

Menurut laporan Harian Metro, tangkapan dibuat di sebuah kondominium di Kota Damansara, semalam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan penahanan lelaki berkenaan dan pihaknya akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut.

Menerusi Twitter, netizen mula membuat spekulasi tentang identiti penyanyi berkenaan.

Seorang pengguna berkata penyanyi tersebut pernah menganggotai kumpulan nasyid namun kemudian bergerak solo.

Advertisement

Difahamkan, dia juga pernah memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) pada ketika dia berada di puncak kariernya.

Berita lanjut bakal menyusul.

2 bulan lalu

ADUN DAP Perak Ditahan Polis Di Kelab Malam, Didapati Positif Dadah

The post [GEMPAR] Penyanyi Nasyid Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments