Semalam, setelah Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum mengenai kenaikan gaji minimum sebanyak RM1500, ianya diterima baik dari orang ramai.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang merasakan dengan kenaikan gaji minimum itu, akan bermulalah kenaikan harga dalam segala aspek sama ada barang ataupun perkhidmatan.
Netizen menyifatkan golongan peniaga termasuk pemilik taska akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati, termasuklah yuran kanak-kanak umur bawah enam tahun.
bad news kot…harga barang confirm naik kaw2 seiring dgn kenaikan tangga gaji minimum. rata2 production worker skrang rate basic 1.2-1.3k. exec level 1.5-1.8k starter. kalau naik tangga gaji minimum 1.5k? :’)
— ??? (@danishzlkflee) March 19, 2022
Dalam pada itu, ada juga warganet yang memberi respon seakan sinis dengan mengucapkan tahniah mengenai kenaikan gaji minimum kerana merasakan harga barang serta makanan juga akan naik mendadak.
Selain risau akan kenaikan harga barang, ada satu pengguna pula risau akan pengumuman yang dibuat oleh PM itu kerana berkemungkinan besar pihak pengurusan tadika akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga yuran.
Sekadar info, PM memaklumkan pelaksanaan gaji minimum RM1500 ini akan bermula 1 Mei di seluruh negara kecuali perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
The post “Mesti Naik ‘Kaw Kaw’!” – Umum Gaji Minimum RM1500, Tapi Ramai Risau Harga Barang Pula Naik? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments