Rasanya ramai yang tidak peka dengan hukum datang ke majlis perkahwinan seseorang tanpa izin dan hanya ingin makan secara percuma adalah sama sekali haram.
Seperti video yang dikongsikan di TikTok ini, kelihatan dua orang individu ini telah singgah makan di majlis kenduri kahwin itu tanpa dijemput oleh tuan rumah.
Kerana berasa pelik, tuan rumah telah bertanya kepada mereka, lantas mengaku mereka merupakan kenalan pengantin perempuan tetapi jawapan yang diberi seakan-akan tidak meyakinkan.
Lebih membuatkan tuan rumah berasa syak wasangka, dua-dua individu itu cuma memakai pakaian kasual seperti baru saja lepas habis lepak diluar.
Benar apa yang disangkakan oleh tuan rumah, mereka berlalu pergi tanpa memberi sebarang hadiah ataupun ‘salam keruk’ dan segera menyeberangi jalan untuk menaiki motor lalu lari dari kawasan itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata menyuruh tuan rumah anggap perkara yang sudah terjadi ini sebagai sedekah kerana telah memberi orang makan dan mengikhlaskannya.
Tetapi, dalam pada masa yang sama, ada juga netizen yang merasakan tidak sepatutnya dua individu berkenaan mengambil tindakan seperti itu kerana dianggap tidak menghormati tuan rumah.
The post Datang ‘Wedding’ Orang Tanpa Izin Untuk Makan ‘Free’, Netizen Suruh Tuan Rumah Anggap Macam Sedekah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments