#Hiburan: (VIDEO) “Tak Lama Lagi Periksa..” – Calon SPM Tekad Belajar Dalam Banjir

Umum mengetahui tentang banjir yang kini melanda negeri pantai timur. Walaupun kawasan sekolah dan tempat tinggal dilanda banjir, namun ia bukan penghalang bagi beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri tersebut.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik oleh seorang pelajar di aplikasi TikTok, dilihat calon SPM  terus gigih mendapatkan ilmu dalam keadaan banjir sebelum menghadapi peperiksaan yang semakin hampir.

Advertisement

Menerusi video tersebut, sesi pembelajaran sedang berlangsung dalam situasi air separas lutut.

spm

Dalam rakaman itu juga turut memperlihatkan seorang tenaga pengajar yang sedang menerangkan beberapa perkara di papan tulis sambil difahami oleh pelajar-pelajar lain.

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi dan memuji semangat pelajar-pelajar tersebut yang berjuang untuk peperiksaan akan datang meskipun dalam keadaan yang tidak begitu mengizinkan.

Advertisement

“Kerasnya usaha menghasilkan ‘manisnya kejayaan’,” tulis seorang netizen.

“Besar pengorbanan korang, goodluck SPM!,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

terengganu
2 hari lalu

"Kenapa Tak Ada Orang Viralkan?" - Netizen Gesa Hantar Bantuan Mangsa Banjir Di Hulu Terengganu

The post (VIDEO) “Tak Lama Lagi Periksa..” – Calon SPM Tekad Belajar Dalam Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments