#Hiburan: “Baik Tak Payah Datang” – Individu Sengaja Rosakkan Undi Undang Kecaman Netizen

Tular di laman Twitter, satu ciapan daripada seorang pengguna dikenali sebagai Malique Redzuan yang berkongsi gambar tindakan seorang individu yang sengaja merosakkan undi ketika Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Menerusi ciapan tersebut, pengundi itu bertindak menulis perkataan No (tidak) pada setiap kotak nama calon pemimpin pada kertas mengundi.

Advertisement

Malah, pengundi tersebut turut menyatakan kepsyen bahawa pemimpin yang terbaik adalah mereka yang bertaqwa pada Allah serta beriman dengan hari akhirat.

undi

Kalau nak rosakkan undi, lebih baik tak payah datang beratur panjang. Peluang cuma 5 tahun sekali. Apa salah manfaatkan sebaiknya.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah meraih 6.05K ciapan semula, 8.8K tanda suka, dan 1.1K balas di laman Twitter.

Meninjau di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut yang disifatkan sebagai tidak matang.

Advertisement

“Dia tahu tak rosakkan undi juga satu dosa juga sebab tak jalankan tanggungjawab dan amanah sebagai rakyat?,” tulis seorang pengguna Twitter.

“Tu sebab bagi yang dah matang je undi, bukan budak-budak ‘bulu belum tumbuh habis’ pergi undi,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pelepasan cukai
3 jam lalu

"Resit 2-3 Minggu Dah Kabur.."- Musim e-Filing Kembali, Netizen Beri Cadangan LHDN Buat Aplikasi Khas Simpan Maklumat

The post “Baik Tak Payah Datang” – Individu Sengaja Rosakkan Undi Undang Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments