#Hiburan: (VIDEO) “Mula-Mula Cubit Pipi..” – Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang, Bapa Nekad Buat Laporan Polis

Sebuah perkongsian seorang bapa di Facebook hari ini mengenai gangguan seksual yang dialami anaknya telah mendapat perhatian warga maya sekaligus menjadi tular di media sosial.

Menurut individu bernama Tuan Amir Danau ini, anaknya telah meminta si bapa untuk menghantarnya ke sekolah kerana merasakan pemandu yang menghantarnya telah melakukan sesuatu yang melampaui batas.

Advertisement

Tulis Amir panjang lebar, anak perempuanya itu telah diambil di rumah untuk dihantar ke sekolah pada setiap pagi sekitar jam 6.20 pagi.

Mula-mula dia duduk belakang. Lepas tu driver ni suruh duduk depan. First day dia tanya nama dulu, dia cakap anak aku ni comel la cantik lah, dia cubit-cubit pipi.

Esok tu dia start lain, start pegang tangan, gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku. Lepas tu siap tepuk-tepuk peha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke peha anak aku masa tu.

Katanya lagi, anaknya menangis ketika memaklumkan mengenai perkara keji itu malah pernah ‘diumpan’ dengan diberi jajan dan diminta untuk memberi nombor telefon supaya boleh dihubungi kemudian hari.

Enggan membiarkan perkara itu berlanjutan sehingga terjadi perkara lain yang lebih serius, si bapa ini kemudiannya bersemuka dengan pemandu tersebut dan telah pun membuat laporan polis sebagai tindakan susulan.

Advertisement

Meninjau ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen turut meluahkan rasa geram dan risau mengenangkan anak masing-masing yang mungkin juga mengalami masalah yang sama di luar pengetahuan mereka.

Komen FacebookSumber : Facebook  

Dalam pada itu, ada juga yang menekankan keperluan ibu bapa untuk mengajar anak mengenai pendidikan seksual seperti anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh orang asing semenjak mereka kecil lagi supaya kejadian ‘sex grooming’ seperti ini dapat dielakkan.

viral pensyarah hina pelajar b40
3 jam lalu

Pelajar Dihina Hanya Kerana Tiada Laptop, Kenyataan Pensyarah Perlekeh B40 Buat Netizen 'Panas'

The post (VIDEO) “Mula-Mula Cubit Pipi..” – Anak Diganggu Pemandu Van Sekolah Miang, Bapa Nekad Buat Laporan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments