#Hiburan: Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal, Dua-Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari ‘Water Heater’

Pada pagi semalam, sepasang suami isteri telah ditemui maut di kediaman sendiri di flat Taman Puncak Tringkap, Brinchang akibat terkena renjatan arus eletrik dalam bilik air.

Menurut Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yusof, pihak mereka menerima panggilan dari orang awam sekitar jam 9.45 pagi dan apabila tiba di lokasi kejadian, mereka menemui mangsa kedua-duanya sudah terbaring di dalam bilik air.

Advertisement

Siasatan awal mendapati ada kesan terbakar di tapak tangan isteri yang dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba untuk menyelamatkan suaminya yang sedang mandi menggunakan pemanas air ketika itu.

Menurut saksi iaitu anak mereka berumur 10 tahun, ibunya sebelum itu ada meminta pertolongan untuk ambilkan kayu yang dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus elektrik, namun tidak berjaya.

Advertisement

Peka dengan apa yang telah berlaku, beberapa netizen turut memberi tips cara untuk elak tragedi seperti ini berlaku kepada orang lain.

Antaranya adalah pastikan untuk tekan butang TEST di pemanas air sekurang-kurangnya satu bulan sekali dan selepas tekan, pemanas air itu akan terpadam, maksudnya ELCB berfungsi.

Sekadar info, fungsi ELCB ini adalah untuk cut off power jika adanya kesan kebocoran elektrik berlaku.

2 years lalu

(Video) Bayi 10 Bulan Meninggal Dunia Terkena Renjatan Elektrik Akibat Bermain Dengan Wayar

The post Cubaan Isteri Selamatkan Suami Gagal, Dua-Dua Maut Akibat Tragedi Renjatan Eletrik Dari ‘Water Heater’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments