Tular di media sosial baru-baru ini apabila gelagat seorang pemandu kereta jenis Mercedes-Benz dilihat ‘koyak’ dan mengamuk setelah tercicir ditinggalkan jauh ke belakang oleh sebuah Nissan GT-R R35.
Video berdurasi 1.48 minit itu pada mulanya memaparkan pemandu Mercedes Benz itu meluncur laju dan ‘mencilok’ kenderaan lain di laluan lebuhraya.
Namun, ketika di pertengahan jalan, terdapat sebuah kereta Nissan GT-R yang sedang menukar lorong ke kiri dan pemandu terbabit kemudiannya terus ‘mencucuk rapat’ di belakang kereta berkuasa tinggi keluaran Jepun itu.
Namun, kelajuan Nissan GT-R itu ternyata telah membuatkan pemandu Mercedes Benz ‘terciduk’ setelah dia ditinggalkan jauh di belakang sehingga tercetus perasaan marah pula!
Pemandu yang ketinggalan di belakang tersebut kemudiannya memaki hamun dan mengangkat jari tengah sebagai tanda protes.
Menjengah ke ruangan komen hantaran video tersebut, ramai warga maya terhibur dengan gelagat pemandu Mercedes Benz tersebut namun ramai juga yang bimbang dengan aksi berbahaya kedua-dua pemandu kereta mewah yang sambil lewa memotong kenderaan lain.
Apa-apapun, tindakan kedua-dua pemandu ini tidak boleh dicontohi kerana ianya salah dari segi undang-undang dan boleh mendatangkan kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain.
The post (VIDEO) ‘Perasan’ Kereta Sendiri Laju, Pemandu Mercedes ‘Koyak’ Selepas Dipotong Nissan GT-R first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments