Semalam, kecoh di media sosial isu babak ‘panas’ dalam drama yang bakal ditayang pada bulan Ramadan iaitu Perempuan Itu, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius hal terbabit.
Bahkan, pihak TV3 turut mengambil berat pandangan orang ramai mengenai petikan video drama terbabit, dimana rata-rata berasa kurang selesa melihatnya.
Menurut pihak TV3, adegan yang dipaparkan sama sekali tidak sesuai untuk dipaparkan dalam televisyen, apatah lagi bagi mempromosikannya.
Kenyataan media berkaitan video petikan drama yang tular di media sosial pic.twitter.com/KCdsdHh1uS
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) March 19, 2022
Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama tempatan perlu mengikut garis panduan ditetapkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Dalam kenyataan yang diberikan, TV3 turut memberi amaran ‘keras’ agar semua pihak, tidak kira produksi mahupun pelakon untuk sentiasa peka dengan perkara-perkara yang hendak dipertontonkan kepada orang ramai.
Sekadar info, semalam hangat di media sosial hingga trending nama pelakon Zul Ariffin akibat memuat naik teaser drama terbaharunya berjudul Perempuan Itu, dimana netizen mendakwa aksi yang dipaparkan agak keterlaluan.
The post “Adegan Itu Tak Dapat Kelulusan..” – Tular Klip ‘Panas’ Dalam Drama, Pihak TV3 Tak Diam Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments