Baru-baru ini, Zul Ariffin dikecam kerana muat naik video memaparkan aksi ‘panas’ dan kali ini, pelakon Erry Putra pula mendapat perhatian netizen.
Menerusi Twitter, Erry dikecam ramai netizen gara-gara gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram.
Gambar itu dipercayai diambil ketika sesi pengambaran namun kapsyen digunakan yang membuatkan ramai marah.
Rogollll time ??????.”
Kapsyen itu dipercayai memberi petunjuk drama yang sedang dalam pengambaran tersebut mempunyai babak rogol.
Damn it shows how some men in this country just never care about lawak rogol at all pic.twitter.com/jLAD3RMXsV
— ?? (@localrkyt) March 25, 2022
Bagaimanapun, kapsyen tersebut telah mengundang kemarahan dan kritikan ramai kerana ia masih dianggap sebagai ‘gurauan’.
Netizen bengang apabila isu sebegitu masih boleh dijadikan bahan jenaka lucah. Menurut mereka, kapsyen sebegitu tidak menjaga dan menghormati wanita.
Seorang netizen berkata,
Lelaki mmg suka sexualise everything. That’s why laaa movie guna this topic nak get viewers. Apa nak heran.”
Sesetengah netizen meluahkan rasa kecewa dan marah kerana masih ramai individu yang tidak menitik beratkan isu lawak sebegini.
Difahamkan, Erry sudah pun menukar profil Instagram kepada ‘private’ dan menurut netizen yang mengikutinya di media sosial itu, dia telah pun memadam ‘posting’ terbabit.
The post “R*gol Time…” – Gara-Gara Kapsyen ‘Mengundang’, Erry Putra Dikecam Netizen Di Twitter first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments