#Hiburan: “Boleh Pakai Sendiri Kan, Ni Lelaki Terseluk-Seluk” – Gayakan Tudung Fauziah Nawi, ‘Stylist’ Dikritik Netizen

Video TikTok dimuat naik seorang ‘stylist’ mendapat pelbagai reaksi daripada warganet baru-baru ini.

Menerusi TikTok @pejoyyahaya, dia telah memuat naik rakaman menunjukkan dia menggayakan tudung oleh pelakon hebat, Fauziah Nawi yang lebih mesra dipanggil Ibu.

Advertisement

Bagaimanapun, segelintir netizen dilihat kurang senang dengan situasi tersebut dan berpendapat lebih elok jika ada ‘stylist’ perempuan.

Ada yang mencadangkan Ibu melilit tudungnya sendiri daripada dilakukan oleh orang lelaki.

Advertisement

Menyedari ada yang mengkritik video tersebut, Pejoy ada memuat naik video lain yang menunjukkan respon Ibu tentang hal itu.

Kata Ibu, kerja yang membabitkan penggayaan dan solekan untuk set pengambaran selalunya melibatkan lelaki.

Ibu juga memohon agar orang ramai tidak menyalahkan Pejoy kerana dia hanya menjalankan tugas.

Dah mereka yang dapat job ni, saya ni sebagai pelakon tak boleh nak cakap apalah. Maksudnya, walaupun lelaki, mereka tahu adab. Dah tersentuh nak buat macam mana.”

@pejoyyahaya

Reply to @ubaishahrn jawapan untuk penceramahan isu ini #fyp #fyp? #xybca #fypppppppppppppp

? original sound – pejoyyahaya? – pejoyyahaya?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 minggu lalu

"Biadap Satu Hal, Sumpah Selekeh" - Lelaki Dikritik Kacau Latte 'Art' Kawan Ketika Ambil Gambar

The post “Boleh Pakai Sendiri Kan, Ni Lelaki Terseluk-Seluk” – Gayakan Tudung Fauziah Nawi, ‘Stylist’ Dikritik Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments