Baru-baru ini tular di media sosial apabila sebuah artikel daripada sebuah portal ada menyenaraikan senarai gimnasium yang dibuka khas untuk kaum wanita sahaja.
Berikutan itu, ramai pula yang memberi pendapat mengenai keperluan untuk membuka gimnasium yang hanya terhad untuk kegunaan golongan hawa yang menurut kebanyakan netizen adalah sebuah langkah yang baik kerana dapat membuatkan ‘gym goer’ ini lebih berasa selamat dan privasi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai golongan wanita menyambut baik pembukaan gym ‘ladies only’ ini dan memberi sebab mereka masing-masing seperti tidak selesa diperhatikan kaum lelaki dan sebagainya.
Saya bersetuju sepenuhnya gimnasium untuk wanita sahaja. Aurat perempuan lebih terjaga dan lebih selamat. – netizen
Kita perlukan lebih banyak gym khas untuk wanita. Tempat dimana wanita terutamanya muslim boleh bersenam tidak kira apa pun pemakaian mereka. – netizen
Namun begitu, ada juga tidak bersetuju kerana bagi mereka, pelanggan yang datang ke gimnasium adalah untuk beriadah dan bersenam dan bukannya untuk melakukan perkara yang tidak senonoh seperti ‘mengendap’ atau lebih teruk lagi, melakukan serangan secara seksual gara-gara wanita berpakaian ketat di gimnasium.
I mean … pic.twitter.com/d1OPLPbTFP
— ming (@earringhoarder) March 15, 2022
Mind your own business je, focus on the workout. Jangan kisah atau perasan sangat. Kadang-kadang lelaki tak tengok pun. Tapi wanita boleh pergi ke gimnasium khas untuk wanita asalkan mereka selesa, tak perlu gaduh-gaduh. – netizen
Apa-apapun, ini adalah senarai 6 gimnasium yang berlokasi di Selangor dan Kuala Lumpur khas untuk para wanita:
1.Koa Fitness
B-G-07, Gateway Corporate Suites,
1 Jalan Desa Kiara, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
2. Curves
– Bandar Sri Damansara, KL
– Bandar Utama, PJ
– Bukit Jelutong, Selangor
– Kota Damansara, PJ
– Metro City, Kuching
– Seri Manjung, Perak
– Wangsa Maju, KL
3. Philip Wain
KL ECO City
Level 2, Mercu 2, 3, Jalan Bangsar,
KL ECO City, 59200 Kuala Lumpur
4. My Addict Fitness
H-1-15, Plaza Arkadia Jalan Intisari Perdana,
Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur
5. Lola Fitness Studio
G67, 1, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
6. STOMP Fitness Studio
STOMP PJ
30-3 (2nd Floor), Jalan 14/22,
46100, Petaling Jaya, Selangor
STOMP Bandar Sri Damansara
5-2 (2nd floor), Jalan Ara SD7/3A,
Bandar Sri Damasara, 52200, Selangor
The post “Lebih Privasi Dan Selesa..” – Wanita Dakwa Sering Diperhatikan, Gym ‘Ladies Only’ Undang Perdebatan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments