Sedia maklum, setiap bahan masakan yang masih mentah dalamnya dan berdarah, ia semestinya perlu dimasak dengan cara yang betul supaya boleh dimakan.
Sebab ianya perlu dimasak dengan betul, oleh kerana ingin mengelakkan dari berlakunya kemudaratan terhadap diri sendiri disebabkan bakteria yang ada dalam ikan, ayam ataupun bahan mentah yang lain.
Bagaimanapun, lain pula untuk seorang gadis di TikTok ini apabila beliau dengan selambanya memakan ikan yang masih mentah, malah isi ikan juga jelas kelihatan berdarah.
Melihat dari video yang dimuat naik oleh teman lelaki gadis terbabit, difahamkan ikan mentah yang dimakan oleh gadis itu baru saja dibeli kerana ia masih basah dan berdarah.
Kerana ikan tersebut masih mentah, timbul rasa risau dikalangan netizen, malah mereka turut berasa geli melihatnya kerana boleh bayangkan bau hanyir dari ikan tersebut.
Dalam pada itu, ada juga netizen berseloroh bertanya sama ada gadis itu ada membela saka dan menyarankan untuk berjumpa dengan ustaz supaya dapat menawarkan ‘penyakitnya’ itu.
Sedar video tersebut telah tular, pemilik video itu yang juga merupakan teman lelaki gadis terbabit tampil memberi penjelasan bahawa teman wanitanya sihat sejahtera dan hanya memakan secebis saja ikan mentah terbabit lalu memberi ia kepada kucing-kucing.
The post “Bela Saka Ke?!” – Isi Masih Berdarah, Gadis Selamba Makan Ikan Mentah Buat Netizen ‘Kembang Tekak’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments