#Hiburan: “Kalau Mampu Bagilah Adik..” – Netizen Kongsi Pengalaman Jadi Anak Tunggal, Akui ‘Terlebih’ Berdikari

Personaliti media sosial dan juga pengacara TV terkenal, Fedtri Yahya sememangnya dikenali dengan perkongsiannya yang menyentuh jiwa mengenai kisah hidup masyarakat di Twitter miliknya.

Baru-baru ini, sebuah hantaran mengenai seorang individu yang bertanyakan mengenai ‘perasaan’ anak tunggal di luar sana kerana dia bercadang untuk memiliki seorang anak sahaja setelah berkahwin nanti.

Advertisement

Pertanyaan itu kemudiannya diulang siar oleh Fedtri di Twitter dan sekaligus mengundang respon yang pelbagai dari warga maya.

Maka, ramailah anak-anak tunggal di luar sana berkongsikan pengalaman mereka hidup keseorangan tanpa ditemani dengan kehadiran adik beradik yang lain.

Advertisement

Antara komen yang diberikan adalah seperti anak tunggal ini kebanyakannya tidak ramai kawan, terlalu berdikari, sering dibuli dan tidak gemar berkongsi barang peribadi dengan orang lain.

Komen TwitterSumber : Twitter 

Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan ibu bapa di luar sana yang mampu dan berpeluang untuk melahirkan zuriat yang ramai agar anak mereka tidak keseorangan di hari tua kelak.

Namun begitu, jika rezeki dan takdir tertulis pasangan suami isteri itu hanya memiliki seorang anak, tidak perlu bersedih kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya!

Door gift rare
24 jam lalu

(VIDEO)"Ada Timun, Bendi.."- Dah 'Bosan' Dengan Bunga Telur, Pengantin Bagi Sayur Segar Sebagai 'Doorgift' Untuk Tetamu

The post “Kalau Mampu Bagilah Adik..” – Netizen Kongsi Pengalaman Jadi Anak Tunggal, Akui ‘Terlebih’ Berdikari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments