#Hiburan: Didakwa Pakai ‘Spare Part’ Murah Dan ‘Low Class’, Pengguna ‘Menyesal’ Beli Kereta Jenama Tempatan?

Memiliki kenderaan tidak kiralah kereta mahupun motosikal kini bukanlah lagi dianggap sebagai kemahuan tapi keperluan bagi setiap individu.

Mahal atau tidak, setiap orang seolah-olah digesa untuk memiliki sekurang-kurangnya satu liabiliti ini bagi memudahkan urusan sehari-hari.

Advertisement

Namun, bagi rakyat Malaysia seboleh-bolehnya kita mahu menyokong produk keluaran tempatan seperti Proton dan Perodua namun kerap kali kita ‘dimomokkan’ dengan masalah ‘power window’ tak berfungsi serta kualiti yang kurang baik berbanding kenderaan keluaran import yang lain.

Kereta jenama malaysiaSumber : Google  

Baru-baru ini seorang pengguna media sosial tampil berkongsikan pengalamannya memiliki kereta jenama tempatan namun berasa kesal kerana terlalu banyak masalah dari segi alat ganti kenderaan dan juga kualiti.

Dalam hantaran yang dimuatnaik di laman Twitter itu, individu itu memaklumkan bahawa kereta jenama tempatan yang dibelinya itu tidak pernah terlibat dalam sebarang kemalangan namun sudah mula mengalami kerosakan.

Akui kecewa dengan tahap pembuatan model jenama tempatan itu,ramai netizen memberi respon di mana mereka juga mempunyai pengalaman yang sama dengan individu itu.

Advertisement

Namun, ada juga yang beranggapan bahawa individu itu tidak ‘bernasib baik’ kerana mungkin kereta yang dimilikinya adalah salah satu daripada ‘factory defect’ dan memerlukan servis selepas pembelian secara menyeluruh.

Apa-apa produk pun akan ada ‘factory defect’. Takkan keluar 100 produk, semuanya tak ada masalah? Jangan kata Proton, Tesla pun ada ‘Factory Defect’.

Terlalu banyak keberangkalian dalam isu ini tetapi sebagai pengguna anda mempunyai hak untuk memilih dan seharusnya menggunakan saluran yang betul dalam menyampaikan aduan atau maklum balas mengenai sesuatu produk yang dibeli.

Tikus di hospital kerajaan
2 jam lalu

"Cukuplah Tempat Bersih Dan Selesa.." - Wad Hospital Kerajaan Dipenuhi Tikus Undang Kritikan Netizen

The post Didakwa Pakai ‘Spare Part’ Murah Dan ‘Low Class’, Pengguna ‘Menyesal’ Beli Kereta Jenama Tempatan? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments