#Hiburan: (VIDEO) “Asap Naik Sampai Ke Atas” – Datuk Aliff Syukri Kongsi Detik Cemas Rumah Hampir Dijilat Api

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila salah satu bilik di rumah kediamannya terbakar.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Aliff Syukri berkongsi video memaparkan kejadian semasa kebakaran berlaku.

Advertisement

Menurutnya, dia sedang berada di dalam bilik air sebelum mendengar jeritan anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah, dan tukang kebun.

Pengalaman yang amat menakutkan saya melihat asap naik sampai ke atas, waktu tu tuhan je tahu.. saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya saja.. tak fikir dah jam mahal, rumah mahal.

Dalam pada itu, isterinya iaitu Datin Shahida turut berkongsi detik cemas tu yang dipercayai akibat powerbank.

Ya Allah syukur la nasib perasan sebab ada bau asap, rupanya punca dia dari power bank… korang hati-hati ya kadang-kadang kita tak sangka benda kecil pun jadi punca.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut turut memberi pelbagai respon, ada yang mendoakan Aliff sekeluarga selamat dan ada juga yang memberi peringatan tentang pentingnya mempunyai alat pemadam api di rumah.

Ya Allah,semoga selamat semuanya. – Netizen.

Advertisement

Fire estinguisher wajib ada dlm setiap rumah… inshaAllah langkah awal tu penting,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Syukri
1 minggu lalu

Kongsi Tips 'Malam Pertama' Di IG, Aliff Syukri Cetus Rasa Kurang Senang Netizen

The post (VIDEO) “Asap Naik Sampai Ke Atas” – Datuk Aliff Syukri Kongsi Detik Cemas Rumah Hampir Dijilat Api first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments