#Hiburan: “Doktor Pun Takut Nak Pegang” – Ibu Kongsi Tragedi Ngeri Berus Gigi Terbenam Dalam Pipi Anak

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video perkongsian daripada seorang pengguna dikenali sebagai Fina Arif yang berdepan detik-detik cemas apabila anaknya terjatuh semasa sedang memberus gigi di dalam tandas.

Susulan kejadian, berus gigi yang digunakan oleh anak perempuannya itu telah tersusuk ke dalam isi pipi.

Advertisement

Menerusi video tersebut, difahamkan Fina yang cuba untuk membawa anaknya ke klinik malah disuruh doktor untuk terus segera membawa anaknya ke hospital.

fina

Berus gigi dah terbenam dalam pipi masa jatuh tu, nasib baik tak tembus atau ke tekak. Doktor pun takut nak pegang.

Menurutnya, dia bersyukur kerana anaknya masih tenang walaupun selepas ditahan di dalam wad hospital dan berharap ini adalah kali terakhir kejadian ngeri seperti ini berlaku kepada anaknya.

@finaarif

Reply to @kakyan86 harap2 ini yang paling teruk #cukuplah #emirohemir

? ????????????????????? – AnAn (??????)

Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut berasa cemas dan bimbang dengan keadaan yang menimpa anaknya itu.

Sebab ni la saya selalu overthinking bila nampak bebudak lari sambil pegang benda especially yang tajam – netizen.

Benda macam tak bahaya… peringatan untuk saya jugak sebagai ibu… moga cepat sembuh ya sayang.. Sian nya dia,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gadis
19 jam lalu

Bapa 'Biawak Hidup' Paksa Anak Kerja Semata Nak Belikan 'Skandal' TV Baru

The post “Doktor Pun Takut Nak Pegang” – Ibu Kongsi Tragedi Ngeri Berus Gigi Terbenam Dalam Pipi Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments