#Hiburan: “Berdosakah Saya..” – Nak Mohon Cerai Kerana Suami Tak Bekerja, Isteri Jadi Serba Salah

Menerusi perkongsian Twitter personaliti TV terkenal Fedtri Yahya, seorang wanita yang enggan dikenali ada bertanyakan sama ada ‘berdosakah’ dia memohon cerai kerana sudah tidak tahan duduk serumah dengan si suami yang tidak bekerja.

Menerusi tangkap layar tersebut, wanita itu memaklumkan bahawa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan juga bapa.

Advertisement

Kata wanita itu lagi, makanan harian juga terpaksa disukat dan anak-anak juga tidak dibenarkan ke sekolah kerana tidak divaksin.

Sekarang makanan suami minta masak sukatan sikit, ayam dan ikan jauh sekali nak merasa. Ada ikan cuma untuk masak lauk berkuah janji rasa ikan tu dah cukup.

Penderaan rumah tanggaSumber : Google  

Anak-anak tak dibenarkan ke sekolah atas alasan takut anak-anak divaksin secara diam-diam.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai pengguna media sosial memberikan pandangan bahawa sesebuah perkahwinan tidak sepatutnya berada dalam situasi penderitaan sehingga ke akhir hayat pasangan terutamanya anak-anak yang dinafikan hak dari segi pendidikan dan sebagainya.

Ada sebab Allah halalkan penceraian. Dalam situasi sis ni kita lebih nampak pada kemudaratan keluarga yang libatkan sis dan anak-anak.

Ada juga netizen yang menasihatkan agar wanita tersebut untuk pergi  ke pejabat agama atau mahkamah syariah bagi mendapatkan pencerahan yang lebih baik bagi menyelesaikan konflik rumah tangganya itu.

ROOMMATE PENGOTOR
20 jam lalu

"Pad Wanita Dah Basuh Pastu Sidai.."- Netizen Kongsi Ragam 'Roommate' Pengotor, Kebanyakkan Perempuan?

The post “Berdosakah Saya..” – Nak Mohon Cerai Kerana Suami Tak Bekerja, Isteri Jadi Serba Salah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments