#Hiburan: (VIDEO)”Ada Timun, Bendi..”- Dah ‘Bosan’ Dengan Bunga Telur, Pengantin Bagi Sayur Segar Sebagai ‘Doorgift’ Untuk Tetamu

Kebiasaannya, jika kita berkunjung ke majlis perkahwinan pastinya akan mendapat cenderamata atau ‘doorgift’ berupa bunga telur, jajan atau perhiasan-perhiasan kecil.

Namun, bagi pasangan pengantin yang tidak dapat dipastikan identitinya ini mererka khabarnya sudah ‘bosan’ dengan pemberian bunga telur lalu memilih untuk menghadiahkan tetamu dengan sayuran segar pula!

Advertisement
Bunga telurSumber : Google  

Video sepanjang majlis perkahwinan tersebut turut dikongsikan seorang individu iaitu Nur Amylia di Facebook miliknya di mana ianya kemudian menjadi tular di media sosial.

Mencipta kelainan, keluarga mempelai difahamkan telah menyediakan pelbagai variasi sayuran seperti labu air, peria, timun dan bendi sebagai cenderamata buat tetamu.

Sayuran itu kemudiannya dilihat telah cantik dibungkus rapi dengan menggunakan kertas coklat dengan gaya moden.

Menjengah ke ruangan media sosial, ramai netizen teruja melihatkan kelainan yang ditampilkan pengantin serta menganggap pemberian tersebut tidaklah membazir  di kemudian hari kerana ia boleh digunakan dalam masakan misalnya.

Anda pernah terima ‘doorgift’ atau cenderahati yang ‘rare’ daripada pengantin? Kongsikan kepada kami di bahagian komen.

Tips teknik pernafasan
2 jam lalu

Sering Semput & Letih Lepas Dijangkiti COVID? Doktor Ini Ajar Teknik Pernafasan Yang Betul!

The post (VIDEO)”Ada Timun, Bendi..”- Dah ‘Bosan’ Dengan Bunga Telur, Pengantin Bagi Sayur Segar Sebagai ‘Doorgift’ Untuk Tetamu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments