#Hiburan: Belum Dijangkiti COVID? Anda Mungkin Tak Ada Kawan & Ada Masalah Perhubungan – Pakar

Naib Presiden Persatuan Vaksin Korea, Ma Sang Hyuk yang juga merupakan seorang doktor pakar negara itu ada menyatakan bahawa mereka yang belum dijangkiti COVID-19 mungkin tidak mempunyai kawan dan mempunyai masalah dalam hubungan.

Ujarnya lagi, “Orang dewasa yang belum dijangkiti COVID-19 adalah mereka yang mempunyai masalah hubungan”.

Advertisement
doktor pakar koreaSumber : Google  

Ma yang pada mulanya menulis mengenai perkara tersebut di media sosial Facebook telah memadam hantaran tersebut setelah dikecam hebat oleh warga maya.

Sebelum ini, doktor pakar itu pernah menyokong usaha untuk ‘hidup bersama wabak’ dan meminta orang ramai untuk lebih fokus kepada rawatan COVID-19 berbanding mematuhi peraturan penjarakan sosial.

Advertisement

Katanya lagi, masalah Interpersonal menggariskan bahawa seseorang itu berkemungkinan dijangkiti COVID-19 kerana mempunyai hubungan dengan orang lain.

Terdahulu, catatan daripada Wall Street Journal bertarikh 6 Februari daripada pakar Penyakit Berjangkit, Brenda Crabtree ada mengeluarkan kenyataan serupa dengan Ma Sang Hyuk iaitu

Jika anda tidak mempunyai rakan yang dijangkiti sekarang, anda tidak mempunyai kawan. – Brenda

Singapura
24 jam lalu

Singapura Tidak Lagi Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Bermula 29 Mac Ini

The post Belum Dijangkiti COVID? Anda Mungkin Tak Ada Kawan & Ada Masalah Perhubungan – Pakar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments