#Hiburan: “Dia Speech Delay..” – Baju Penuh Kesan Conteng, Ibu Dakwa Anak Darjah 1 Dibuli

Bagi golongan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, salah satu perkara yang sukar untuk dilakukan adalah melepaskan mereka ke sekolah untuk uruskan hal sendiri.

Baru-baru ini, di TikTok seorang ibu yang mempunyai anak istimewa meluahkan rasa kecewa apabila sesi persekolahan anaknya pada tahun pertama tidak berjalan seperti yang disangkakan.

Advertisement

Lihat pada video yang dikongsikan, kelihatan baju anak lelakinya yang baru berusia 7 tahun penuh dengan kesan contengan.

Difahamkan dari penjelasan ibu kepada anak lelakinya yang mempunyai masalah speech delay itu, kesan contengan itu diperlakukan oleh rakan sebayanya sendiri.

Advertisement

Bagaimanapun, hal terbabit telah pun dimaklumkan kepada guru kelas, tetapi tidak tahu tindakan lanjut apakah yang dilakukan kepada si pembuli.

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya berasa marah kerana tidak sangka kanak-kanak mampu memperlakukan sedemikian kepada anak istimewa.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi cadangan kepada si ibu agar memasukkan anaknya di kelas pendidikan khas agar anak akan rasa lebih selesa dan dilayan dengan baik.

ibu sedih anak dipalau rakan sekolah
5 hari lalu

Dikutuk Kulit Gelap, Hati Ibu Luluh Anak `Dipalau' Hari Pertama Sekolah

The post “Dia Speech Delay..” – Baju Penuh Kesan Conteng, Ibu Dakwa Anak Darjah 1 Dibuli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments