#Hiburan: “Kalau Justin Mesti Kena Kecam” – Peminat Menggigil Buka Rantai MK, Netizen Bandingkan Dengan Isu JB

Selain Aedy Ashraf melamar Amelia Henderson, ada satu lagi yang berlaku di konsert pesta makanan di perkarangan Astro baru-baru ini.

foodfest
21 jam lalu

(VIDEO) "Covid Dah Habis Ke?" - Tular Video Peminat Tak Jaga SOP Di Konsert Pesta Makanan

Advertisement

Ia mendapat perhatian netizen selepas satu video tular di TikTok menunjukkan situasi yang berlaku ketika nyanyian MK K Clique itu.

Menerusi rakaman tersebut, MK dilihat sedang menyanyi sebelum menghampiri gadis bertudung coklat itu dan terus memintanya untuk tolong tanggalkan rantai.

Tidak sangka situasi berkenaan akan berlaku terhadapnya, gadis tersebut boleh dilihat menggigil sampai orang sekeliling merakam detik itu.

Bukan hanya tolong tanggal, penonton kemudian bersorak apabila MK terus memberikan rantai berwarna ‘silver’ itu kepadanya.

Advertisement

Ruangan komen di TikTok dilihat dipenuhi dengan komen netizen yang membandingkan situasi itu dengan konsert penyanyi antrabangsa, Justin Bieber.

Menurut netizen, jika situasi yang sama berlaku tetapi penyanyinya adalah Justin pastinya ramai yang akan tampil memberi ‘teguran’ mahu pun ‘nasihat’ membabitkan hukum.

Admin tak sabar nak pergi konsert Justin Bieber huuuu….

The post “Kalau Justin Mesti Kena Kecam” – Peminat Menggigil Buka Rantai MK, Netizen Bandingkan Dengan Isu JB first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments