#Hiburan: Anak & Isteri Mangsa Nahas Boieng 737, Video Lelaki Meratap Di ‘Airport’ Buat Netizen Sebak

Seakan sama seperti tragedi yang pernah berlaku beberapa tahun lalu pada pesawat Malaysia, semalam dunia digemparkan dengan khabar duka sebuah pesawat jenis Boeing 737 milik China Eastern Airlines dilaporkan terhempas.

Kejadian berlaku sewaktu pesawat terbabit dalam berjalanan dari Bandar Kunming ke Guangzhao, malah ia turut sempat dirakam oleh beberapa pengguna jalan raya di sekitar kawasan pergunungan itu.

Advertisement

Difahamkan, pesawat yang baru saja berusia 6 tahun itu terputus hubungan dengan menara kawalan di atas Bandar Wuzhou dan selepas insiden berlaku, penduduk kawasan pergi ke lokasi, lalu mendapati beberapa badan pesawat telah musnah.

Turut dipercayai oleh pasukan pencari serta penyelamat bahawa seramai 123 penumpang termasuk 9 orang kru tidak terselamat dari insiden yang berlaku.

Advertisement

Dalam pada itu, tular satu video di TikTok memaparkan beberapa keluarga mangsa sedang meratapi pemergian orang tersayang di lapangan terbang dan terdapat satu video kelihatan seorang lelaki sedang menangis, difahamkan anak serta isterinya merupakan mangsa pesawat terhempas itu.

Rata-rata netizen tumpang rasa sedih serta sebak apabila melihat keluarga-keluarga mangsa, malah tidak dapat bayangkan perasaan mereka jika berada di tempat keluarga mangsa.

cuti materniti dan paterniti
3 jam lalu

Cuti Bersalin Kini Dilanjut Kepada 98 Hari, Cuti Paterniti Suami 7 Hari - Parlimen

The post Anak & Isteri Mangsa Nahas Boieng 737, Video Lelaki Meratap Di ‘Airport’ Buat Netizen Sebak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments