Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita telah berkongsikan info mengenai kebaikan melakukan hubungan intim secara kerap kepada tubuh badan manusia.
Dalam video tersebut, wanita itu mendakwa bahawa jika pasangan itu melakukan hubungan intim dengan kerap, ia dapat meningkatkan imuniti badan, membakar lemak degil, menyihatkan jantung, awet muda dan sebagainya.
Wanita itu juga mendakwa dia merupakan pakar kehamilan dan dalam pada masa yang sama turut menjual produk-produk kesuburan suami isteri yang didakwa dapat meningkatkan peluang wanita untuk hamil.
Perkongsian itu walau bagaimanapun telah mendapat perhatian seorang doktor iaitu Dr Sakinah Sulong yang menyifatkan video itu dibuat semata-mata untuk melariskan produk semata-mata.
Banyak betul orang jual produk kat TikTok ni. Macam-macam cara. Kajian mana la yang cakap buat hubungan intim 7 kali seminggu kurangkan risiko kanser.
Tak pernah dinasihatkan agar melakukan hubungan intim 7 kali seminggu. Kalau nak jual barang mesti pakai stetoskop ke?
Dr Sakinah juga ada membidas kenyataan peniaga itu yang dilihat telah memberi info salah kepada warga maya dan hasil semakan juga mendapati tiada butiran perubatan yang membabitkan wanita itu sama ada dia merupakan doktor sebenar atau usahawan yang menjual produk kesuburan.
The post “Siap Pakai Stetoskop” – Peniaga Berlakon Jadi Pakar Jual Produk Hubungan Intim, Doktor Bagi Teguran ‘Pedas’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments