Tular di media sosial semalam apabila rakaman video memaparkan seorang pemandu lori dilihat telah melempar sebuah botol berisi cecair ketika sedang memandu.
Rakaman ‘dashcam’ sebuah kereta yang berada di lorong kanan jalan tersebut turut merakam sebuah botol air dipercayai mengandungi air kencing yang dibaling itu telah terkena cermin hadapan kenderaan tersebut.
Macam mana jika driver kereta jadi panik & hilang kawalan?
? Muhammad Saifulzaman Sabirin pic.twitter.com/lQg9bHeUNF
— MyWatch (@My_CrimeWatch) March 24, 2022
Pemilik kenderaan itu difahamkan cuba untuk memotong lori tersebut namun mangsa itu terkejut kerana tiba-tiba sahaja pemandu lori itu melempar botol mengandungi cecair najis itu.
Tidak tahu dia kenapa, ngam sampai sebelah dia, dia buka tingkap terus lempar.Kami berhenti di Pusat Rehat & Rekreasi (R&R) dan sahkan itu air kencing.
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut di media sosial, ramai warga maya menyarankan agar mangsa segera membuat laporan polis kerana tindakan pemandu lori tersebut boleh mendatangkan kecelekaan kepada orang lain.
Bukan sebab cermin je boleh pecah, kita pun boleh terkejut boleh terpusing stereng kalau refleks, naya anak bini dalam kereta. – netizen
Pemilik kenderaan yang dilempar botol air kencing itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan selamat tiba di destinasi.
The post (VIDEO)”Sangat Tiba-Tiba..” -P emandu Lori Dirakam Baling Botol Berisi Air Kencing Ketika Memandu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments