#Hiburan: “Jangan Bagi Anak-Anak Jalan Sendiri” – Wanita Kongsi Detik Cemas Murid Prasekolah Hampir Dilanggar

Terdahulu, tular satu ciapan di Twitter memaparkan gelagat sekumpulan ibu bapa yang sedang menungggu anak-anak mereka pulang dari sekolah.

Namun, tidak semua ibu bapa yang mempunyai kesempatan masa untuk menjemput anak mereka pulang dari sesi persekolahan dek kerana kesibukan masa bekerja.

Advertisement

Baru-baru ini tular di applikasi TikTok video perkongsian oleh seorang pengguna yang berkongsi detik-detik cemas apabila dia menemui seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan kaki sendirian di tepi jalan raya.

rara

Menerusi video tersebut, difahamkan kanak-kanak yang merupakan murid prasekolah itu bermain kejar-kejar bersama rakannya di hadapan sekolah sehingga hampir dilanggar.

Ada 2 budak berlari, yang perempuan ni berlari ke arah jalan raya, yang budak lelaki ni dia tarik budak perempuan ni. Nasib baik budak lelaki ni tarik, kalau tak tak tahu la apa jadi.

Jelasnya, dia bagaimanapun tidak dapat memberhentikan kereta yang dinaiki untuk menumpangkan kanak-kanak tersebut kerana tiada tempat untuk berhenti di jalan raya tersebut selain sudah banyak kereta di belakangnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa risau melihat kanak-kanak tersebut dan berharap agar ibu bapa tidak lewat menjemput anak-anak mereka selepas sesi persekolahan.

Sepatutnya dah kecik macam ni sekolah kena ketatkan keselamatan tunggu ayah & mak datang ambik – Netizen.

Advertisement

Kadang-kadang anak tu rasa dia boleh balik sendiri sebab dia ingat jalan, tapi tula kecik pulak,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gelagat ibu bapa hari pertama sekolah
1 hari lalu

"Dah Macam Ada Protes.." - Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

The post “Jangan Bagi Anak-Anak Jalan Sendiri” – Wanita Kongsi Detik Cemas Murid Prasekolah Hampir Dilanggar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments