#Hiburan: “Bawa Makanan Bukan Sampah” – Lelaki Tegur Beg Berdaki, Sekali Abang ‘Rider’ Bersuara…

Tular di media sosial Facebook ‘group’ Facebook GrabFood Rider Malaysia apabila ada seorang pemuda tampil memberi teguran buat para ‘rider’ atau penghantar makanan agar lebih menitikberatkan soal kebersihan terutamanya beg yang dibonceng di kenderaan masing-masing.

Kata pemuda itu, rider sepatutnya menjaga kebersihan beg penyimpan makanan masing-masing kerana ianya mengisi makanan dan minuman yang akan dimakan oleh pelanggan.

Advertisement
RiderSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Kepada rider Foodpanda, Grabfood atau lain-lain penghantar makanan. Saya faham kamu hantar makanan siang malam tapi beg kotor sangat sampai hitam.

Sekurangnya basuh la. Saya dah lama tengok. Tolong jaga kebersihan. Kamu bawa makanan, bukan sampah tau. Pelanggan pun manusia juga.

Dalam pada itu, ramai juga netizen tampil memberikan pandangan yang sama dan bersetuju dengan teguran tersebut.

riderSumber : Sekadar Gambar Hiasan  

Satu teguran yang bernas dan boleh dipertimbangkan kepada rider-rider semua. Kita sebagai pelanggan pun akan berasa demikian kalau sampai-sampai rider bawa beg usang hitam. – netizen

Di hantaran yang sama, terdapat seorang ‘rider’ tampil memberi pendapatnya yang tersendiri di mana dia beranggapan bahawa kebanyakan penghantar makanan tidak mempunyai banyak masa untuk mencuci beg penyimpan makanan masing-masing.

“Yang buat statement (cuci beg) tu mungkin part time kot. Yang full time macam aku, masa bila nak cuci pun tak tahu. Mula 8 pagi balik 9 malam. Kadang waktu hujan tu la cucinya. Tapi kalau beg bersih cara bawa motor macam pelesit pun tak guna.” ujar individu itu panjang lebar.

penjaga satu minggu
4 jam lalu

Hanya Jaga Pada Hujung Minggu, Netizen Terkejut Ada 'Parents' Hantar Anak Pada Pengasuh Seminggu Terus

The post “Bawa Makanan Bukan Sampah” – Lelaki Tegur Beg Berdaki, Sekali Abang ‘Rider’ Bersuara… first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments