#Hiburan: (VIDEO) Hidap ‘Bipolar Disoder’, Yasin Sulaiman Risau Jadi ‘Crack’ Dan Gila Ketika Di Kandang OKT

Gara-gara bimbang permohonan ikat jamin ditolak, penyanyi dan juga komposer Yasin Sulaiman yang ditahan sebelum ini atas tuduhan memiliki dadah dilaporkan telah cuba untuk mengemukakan rayuan secara peribadi.

Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam turut menyatakan kebimbangannya tentang masalah kesihatan yang dialaminya kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Advertisement

Yasin sambil memegang kertas putih memaklumkan bahawa dia mempunyai ubat untuk masalah kesihatannya dan risau perkara yang tidak diingini berlaku sekali lagi.

Saya ada ubat yang diberikan, tapi khuatir bila-bila masa kesihatan terjejas. Saya risau ‘crack’ dan gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini.

Sementera itu, peguam yang mewakili Yasin,  Yusmadi Yusoff memaklumkan bahawa penyanyi itu menghidap penyakit ‘bipolar disorder’ tahap kronik sehingga boleh menjejaskan kesihatan dirinya.

Kanabis YasinSumber : mStar Online  

Dia melalui proses perubatan sejak tahun 2009 termasuk pernah dimasukkan ke HUKM. Namun dia tak pernah bercerita dekat orang fasal tahap kesihatannya.

Kata Yusmadi lagi, sejak Yasin ditahan reman dia tidak mendapat sebarang rawatan perubatan berhubung penyakit yang dihidapinya itu.

Terdahulu, Yasin mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.

Yasin
1 hari lalu

"Kirim Salam YB Syed Sadiq.." - Yassin Sulaiman Berdepan Hukuman Mati Berikutan 'Ladang Mini' Pokok Ganja

The post (VIDEO) Hidap ‘Bipolar Disoder’, Yasin Sulaiman Risau Jadi ‘Crack’ Dan Gila Ketika Di Kandang OKT first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments