#Hiburan: “Dari Tahun Lepas Aku Diam Je..” – Wanita Ditipu Rakan RM149K, Tekad Tularkan Wajah Untuk Tuntut Hutang

Tular di laman Facebook, satu hantaran daripada seorang pengguna dikenali sebagai Scha Alleya yang berkongsi beberapa keping gambar serta tangkap layar perbualan di applikasi Whatsapp telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Scha Alleya mendakwa dirinya telah ditipu sebanyak RM149,400 oleh seorang wanita melalui kumpulan duit kutu.

Advertisement

Menurutnya, dia semakin hilang sabar apabila tempoh bayaran balik yang diberikan kepada wanita berkenaan sudah terlalu lama, namun langsung tidak diendahkannya dan hanya mendiamkan diri.

kutu

Jarang aku nak viralkan orang, tapi sebab dah melampau sangat, kau bawa lari duit aku RM149,400. Dari bulan 10 tahun lepas aku diam je..

Malah, sebelum ini dia turut memberi peluang dan meminta wanita tersebut membuat bayaran secara ansuran hanya sebanyak RM2500 sebulan namun wanita itu masih gagal membuat sebarang bayaran kepadanya sehingga hari ini.

Selama ni aku tak buat sebab aku fikir aib kau, aku fikir anak kau kecik lagi, aku faham sebab aku ada anak jugak tapi kau pijak aku, lagi aku baik lagi kau pijak. RM100 pun tak masuk dalam acc aku langsung!

kutu

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut terkejut melihat sejumlah wang yang di pinjam wanita tersebut.

Kutu sebulan berapa ni sampai hutang ratus ribu. – Netizen.

Jumlah yang dia pinjam tu boleh beli rumah landed corner lot cash. Hutang orang sebab beli rumah ke,” tulis seorang pengguna Facebook.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gelagat ibu bapa hari pertama sekolah
2 jam lalu

"Dah Macam Ada Protes.." - Gelagat Ibu Bapa Tunggu Anak Balik Sekolah Curi Perhatian

The post “Dari Tahun Lepas Aku Diam Je..” – Wanita Ditipu Rakan RM149K, Tekad Tularkan Wajah Untuk Tuntut Hutang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments