#Hiburan: “Rasa Hina Sangat!” – Wanita Kecewa AJK Masjid Tunjuk Ruang Solat Wanita Di Laluan Tandas?

Sebak dengan situasi yang berlaku, malah turut tidak menyangka masjid besar serta cantik tidak mampu untuk menyediakan ruangan solat yang elok.

Advertisement

Luahan itu telah dilakukan oleh seorang wanita di Facebook, dimana beliau hampir menitiskan air mata ketika menunaikan solat di sebuah masjid bertempat di Alor Setar.

Menurut beliau pada permulaan luahan di platform media sosialnya itu, apabila sudah ‘penat’ berpusing di dalam masjid itu untuk mencari ruangan solat buat wanita, dia pun bertanya kepada seorang pakcik yang dipercayai merupakan AJK masjid terbabit.

luahan wanita di Facebook

Bagaimanapun, beliau berasa teramatlah terkejut apabila mendapati lokasi ruangan solat wanita yang disediakan oleh pihak pengurusan masjid terletak di bahagian belakang dimana amat dekat dengan tandas.

Advertisement

Lebih membuatkan dirinya berasa kecewa, bila beliau bertanya kepada AJK masjid terbabit kenapa menempatkan ruangan solat wanita di laluan tandas, AJK terbabit hanya mengulang ayat ‘akhir zaman’.

luahan wanita di Facebook

Oleh kerana melihat tempat tersebut teramatlah kotor, wanita itu meminta untuk solat di bahagian dalam masjid tetapi tidak dibenarkan atas alasan sudah pukul 2 dan pintu masjid juga sudah tutup.

Tidak mahu memanjangkan cerita, wanita itu pun solat diruangan yang ‘disediakan’ sambil hatinya berasa hiba dan ayat pakcik itu bermain di fikirannya.

polis
3 minggu lalu

(VIDEO) "Masuk Masjid Macam Pengganas Besar" - Polis Siasat Individu Rakam Anggota Pantau SOP

The post “Rasa Hina Sangat!” – Wanita Kecewa AJK Masjid Tunjuk Ruang Solat Wanita Di Laluan Tandas? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments