#Hiburan: Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor, Duit Belanja Anak Hulur RM150 Je?

Sudah sedia maklum, harga barang pada zaman ini sememangnya berbeza dengan zaman dahulu kerana sekarang ini harga jauh lebih tinggi.

Jika hendak dibezakan, dahulu jumlah wang RM50 cukup untuk penuhi satu troli yang besar, tetapi jika sekarang ini membeli di pasaraya, hanya 3 barang saja mampu dibeli dengan amaun seperti itu.

Advertisement

Baru-baru ini, tular di platform TikTok luahan kecewa seorang isteri yang menceritakan kisah suaminya hanya hulurkan wang ringgit sebanyak RM150 untuk membeli barang keperluan anak-anak.

Lagi membuatkan dirinya lebih kecewa, suami wanita tersebut sanggup menghabiskan ribuan ringgit jika ia melibatkan dengan motosikalnnya, tapi tidak buat anak ataupun isteri.

Advertisement

Dalam intonasi bergurau, isteri tersebut meminta netizen yang menonton untuk memberi anugerah ‘isteri solehah’ buatnya kerana tidak berkira dengan suami, malah beliau turut sanggup bertolak ansur supaya tidak menimbulkan perbalahan.

komen tiktok

Sedar ramai yang mengecam dirinya, suami wanita tersebut tampil meninggalkan komen dengan mengatakan ketika itu, dirinya hanya mempunyai wang sebanyak RM150 saja tetapi dalam pada masa yang sama, dia turut memberi kad bank kepada isteri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

penanda buku inspirasi MH370 & MH17
22 jam lalu

"Tak Sensitif Langsung!" - Pereka 'Bookmark' Buku Dikecam Netizen Gara-Gara Tiru Tiket 'Penerbangan Akhir MH370 & MH17'

The post Isteri Kecewa Suami Sanggup Habis Beribu Demi Motor, Duit Belanja Anak Hulur RM150 Je? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments