#Hiburan: “Kau Tunggu, Aku Cari Kau” – Tular Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari ‘Tukang’ Sebar

Penyanyi dan pelakon Chubb-E menerusi ‘instastory’ bersuara untuk mencari ‘dalang’ yang menyebabkan namanya hangat diperkatakan di media sosial.

Semuanya bermula apabila beberapa keping gambar menunjukkan dia bersama seorang wanita seksi tular.

Advertisement

Menurut laporan, gambar itu adalah sedutan daripada video muzik lagu terbaru berjudul Rambang, nyanyiannya bersama Zyc.

Berdasarkan gambar yang tersebar itu, seorang wanita dilihat sedang duduk di ‘arm rest’ yang diduduki Chubb-E.

Apa yang membuat ia mendapat perhatian adalah model wanita itu dilihat hanya memakai jaket menutupi lengan dan belakang sementara bahagian lain dibiarkan terdedah.

Advertisement

Beberapa lelaki dipercayai penari di dalam video muzik tersebut mengelilingi Chubb-E dan wanita berkenaan. Justeru, ramai netizen berpendapat penampilan tersebut terlalu seksi.

Memberi respon di Instagram, kata Chubb-E dia sangat kecewa apabila gambar itu sengaja disebarkan oleh individu tertentu.

Susahlah manusia sekarang ni, kau ingat kau letak gambar tu kau dapat apa? Kau tunggu dik, aku cari kau.”

Difahamkan, lagu dan video muzik Rambang itu bakal dilancarkan di semua platform penstriman muzik esok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anya Geraldine
2 bulan lalu

Selalu Tayang Gambar Seksi, Ibu Bintang Indonesia Selalu Ingatkan Pasal Seksa Kubur

The post “Kau Tunggu, Aku Cari Kau” – Tular Gambar Bersama Wanita Seksi, Chubb-E Mahu Cari ‘Tukang’ Sebar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments