Baru-baru ini, terdapat seorang wanita bergelar ustazah ada memuat naik sebuah status di halaman Facebooknya yang membuatkan orang ramai mengecam dirinya.
Difahamkan melalui posting beliau, dia telah mengaitkan keadaan kanak-kanak yang menghidap autisme sama seperti dengan gangguan jin.
Setelah membuat hantaran terbabit, ‘ustazah’ tersebut tidak menghuraikan dengan lebih lanjut bagi membuktikan kata-kata yang disuarakannya.
Melalui laporan mStar, hantaran yang dilakukan olehnya bukan saja mendapat perhatian netizen, malah mendapat teguran daripada seorang doktor psikiatari iaitu Dr Rozanizam Zakaria.
Doktor psikiatari terbabit yang juga merupakan penasihat kesihatan mental berkata kata-kata ‘ustazah’ terbabit boleh mendatangkan salah faham dikalangan ibu bapa, lagi-lagi jika anak mereka menghidap autisme.
Sekadar info, hantaran yang dilakukan itu telah pun dipadam oleh wanita terbabit kerana mungkin menyedari mendapat kecaman yang hebat dari orang ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post ‘Mengarut!’ – Samakan Anak Autisme Dengan Gangguan Jin, Netizen ‘Sekolahkan’ Ustazah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments