#Hiburan: Will Smith Tumbuk Chris Rock Atas Pentas Oscars Waktu Siaran Langsung Sebab ‘Kutuk’ Kepala Botak Isteri

Nama pelakon antarabangsa, Will Smith dan Chris Rock kini sedang trending di media sosial.

Menerusi Twitter, tular video menunjukkan insiden yang menyebabkan nama mereka menjadi sebutan. Insiden tersebut berlaku di atas pentas Academy Awards yang sedang berlangsung ketika ini.

Advertisement

Rakaman menunjukkan Will Smith berjalan ke atas pentas menghampiri Chris Rock dan terus menumbuknya!

Ramai netizen tertanya-tanya sama ada ia merupakan lakonan atau gimik semata-mata atau memang kejadian yang tidak disangka.

Advertisement

Menurut Independent, selepas menumbuk Chris Rock, rakaman turut menunjukkan Will Smith menjerit ke arahnya dari kerusi tempat duduk,

Jangan sebut pasal isteri aku”

Selepas menyampaikan anugerah Dokumentari Terbaik dan ketika itu dia telah membuat jenaka tentang penampilan isteri Will Smith, Jada Pinkett Smith yang kini botak.

Bagaimanapun, Jada dilaporkan tampil botak bukan kerana fesyen atau suka-suka sebaliknya dia mempunyai masalah ‘alopecia’.

Selebriti lain dan penonton boleh didengari terkejut selepas melihat kejadian itu berlaku di atas sebuah pentas anugerah berprestij di Hollywood.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Dato Hattan Iqbal Zulkefli
2 bulan lalu

“Punyalah Sampah” - Dato' Hattan Kritik Nyanyian Iqbal, Anggap Program Realiti TV Terlebih Gimik

The post Will Smith Tumbuk Chris Rock Atas Pentas Oscars Waktu Siaran Langsung Sebab ‘Kutuk’ Kepala Botak Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments