#Hiburan: “Ramai Muslim Makan Sini..” – Menu Sushi Mengandungi 1% Alkohol, Status Restoran Jepun Ini Undang Perdebatan Netizen

Tular di media sosial Twitter semalam apabila seorang pengguna aplikasi itu ada memuat naik sebuah tangkap layar memaparkan status halal sebuah restoran sushi terkenal.

Dalam hantaran tersebut, individu itu mempersoalkan mengapakah masih ramai orang terutamanya yang beragama Islam makan di restoran tersebut meskipun banyak menu sushi mengandungi alkohol.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, pemilik restoran Sushi itu memaklumkan bahawa ‘outlet’ mereka tidak mempunyai status halal kerana menyediakan minuman Sake.

Namun begitu, bahan mentah lain seperti daging adalah halal kerana restoran itu mendapatkannya dari syarikat pemprosesan yang diperakui halal oleh JAKIM.

Advertisement

Selain itu, restoran itu turut menyenaraikan senarai menu yang mengandungi mirin atau sejenis ‘rice wine’ seperti Tempura Sauce, Udon Soup, Soba Soup (sekadar menyebut beberapa hidangan).

Difahamkan, kandungan alkohol dalam setiap penyediaan menu sushi mereka hanyala berkadar 1%.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak menyangka mengenai status halal restoran sushi terkenal itu namun ada juga yang mengatakan bahawa kandungan alkohol 1% tidak dikira haram mengikut piawaian JAKIM dan boleh diibaratkan seperti penyediaan tapai.

Hotwheels
2 jam lalu

"Kenapa Mahal Ya?" - Isteri Janji Nak Belikan Suami Mainan 'Hot Wheels', Stress Bila Dah Tahu Harga Sebenar

The post “Ramai Muslim Makan Sini..” – Menu Sushi Mengandungi 1% Alkohol, Status Restoran Jepun Ini Undang Perdebatan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments