#Hiburan: (TAKZIAH) Bapa Penyanyi Noryn Aziz Meninggal Dunia

Penyanyi, Noryn Aziz telah kehilangan bapanya iaitu Abdul Aziz Mohd Dali yang meninggal dunia akibat kanser hati tahap empat, semalam.

Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati binti Abdul Aziz berkata, bapanya meninggal dunia pada jam 2.30 petang di kediaman keluarga mereka di Shah Alam, Selangor.

Advertisement

Menurut Noryn, 45, jenazah telah disolatkan di surau Rahaiyatul Firdaus, Alam Budiman, U10, Shah Alam selepas solat Isyak.

Dengan dukacitanya dimaklumkan ayah kesayangan Noryn kembali ke Rahmatullah petang ini di rumah keluarga kami di Shah Alam.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Budiman malam, semalam.

Advertisement

Noryn turut berkongsi berita duka itu di laman Instagram miliknya dan menerima banyak ucapan takziah dan doa daripada pengikut serta rakan-rakannya.

Noryn Aziz
11 bulan lalu

Kembali Berumah Tangga, Noryn Aziz Tak Fikir Soal Anak Di Kala Umur Cecah 45 Tahun

The post (TAKZIAH) Bapa Penyanyi Noryn Aziz Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments