#Hiburan: Tunai Janji, Ajak Shiro Beri Smart TV Milik Sendiri Kepada Mangsa Banjir

Pelawak dan juga penyampai radio, Ajak Shiro tampil mengotakan janji apabila dia memberi televisyen kepunyaanya kepada sebuah keluarga yang telah menjadi mangsa banjir di Jelebu, Negeri Sembilan.

7 bulan lalu

'Aku.. Budak Nakal' - Ucapan Sweet Ajak Shiro Sempena Anniversary Ke-12

Advertisement

Ajak yang sebelum ini aktif turun padang bagi urusan mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di kawasan tersebut turut sempat meluangkan masa bersama beberapa penduduk yang terjejas.

Ketika lawatannya itu, seorang warga emas telah menceritakan mengenai keadaan rumahnya yang musnah ditenggelami air banjir termasuklah televisyen yang hilang kerana hanyut.

Bersimpati dengan nasib keluarga itu, Ajak kemudian berjanji untuk memberi televisyen kepada mereka.

Enggan menghampakan impian pak cik tersebut, Ajak difahamkan telah mencabut televisyen miliknya di rumah dan menyerahkan kepada keluarga itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya memberi pujian kepada pelawak itu kerana dia merupakan selebriti terawal yang turun ke lokasi banjir bagi membantu mereka yang terkesan akibat bencana alam itu.

Selain itu, Ajak juga dilihat turut membawa beberapa barangan keperluan hasil sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

The post Tunai Janji, Ajak Shiro Beri Smart TV Milik Sendiri Kepada Mangsa Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments