#Hiburan: FINAS Umum Siap Sedia Jadi PPS Untuk Mangsa Banjir

Mangsa banjir di sekitar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Hulu Kelang boleh menggunakan Kompleks Studio Merdeka sebagai pusat penempatan sementara (PPS).

Fouziah Gous
17 jam lalu

Sanggup Ketuk Pintu Kereta Di Lebuhraya, Fouziah Gous Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Advertisement

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut telah diputuskan sejak kelmarin.

Menurut Md Nasir, kemudahan di Studio Sound Stage, Dataran Karyawan dan Concourse Mixstage di Kompleks Studio Merdeka itu boleh menempatkan kira-kira 1,000 mangsa banjir.

Advertisement

Selain itu, aset FINAS seperti tiga kenderaan pacuan empat roda dan lima van siap siaga untuk digunakan dalam misi bantuan mangsa banjir.

Bagaimanapun, Md Nasir turut memberitahu bahawa masih belum ada mangsa banjir yang ditempatkan di kompleks tersebut setakat ini.

Tambah Md Nasir, FINAS juga memperuntukkan sebanyak RM20,000 untuk bantuan kilat mangsa banjir selain menawarkan kemudahan di Studio Merdeka dan aset FINAS.

CEO FINAS

Justeru itu, Md Nasir memaklumkan yang pihak FINAS kini sedia menerima kemasukan mangsa banjir dari kawasan berdekatan termasuk Kampung Fajar yang terletak bersebelahan Kompleks Studio Merdeka yang selalu terjejas akibat banjir.

Dalam pada itu, FINAS juga sudah memaklumkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menghebahkan usaha perbadanan ini kepada Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA).

The post FINAS Umum Siap Sedia Jadi PPS Untuk Mangsa Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments