#Hiburan: ‘Jaga Jaga Senariounion’ Tanpa Lan Pet Pet, Ini Penjelasan Pengarah Aziz M.Osman

Baru-baru ini kumpulan lawak legenda tanah air, Senario terlibat dalam pembikinan filem terbaharu Jaga-Jaga Senariounion.

Namun, ramai yang tertanya-tanya mengapa tiada penglibatan Mazlan atau Lan Pet Pet yang merupakan ahli asal kumpulan Senario.

Advertisement

Pengarahnya, Aziz M. Osman menjelaskan pihaknya sudah menghubungi Mazlan atau nama lengkapnya Mazlan Ahmad.

Namun kita tahu apabila dia mempunyai komitmen lain dan kami fahamlah. Mungkin tiada rezeki kami untuk bersama dengannya bagi filem ini

Tambah Aziz, pada awalnya Mazlan bersetuju untuk bekerjasama bagi filem yang dinanti-nanti ramai tersebut. Malah, dia juga sempat melakukan promosi bersama kita.

Apapun, kami faham dia bukan berniat untuk menolak tetapi mempunyi kerja lain yang perlu diutamakan.

Advertisement

Info tambahan, Mazlan sudah beralih kerjaya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman Aswandi Hashim & Co milik Datuk Dr. Aswandi Hashim.

Adik ipar kepada aktres Rozita Che Wan itu memulakan tugas pertamanya di Kompleks Mahkamah Alor Setar pada 25 Ogos lalu.

Senario
7 hari lalu

Menggamit Nostalgia Penonton, Senario Kembali Dengan 'Jaga Jaga Senariounion'

The post ‘Jaga Jaga Senariounion’ Tanpa Lan Pet Pet, Ini Penjelasan Pengarah Aziz M.Osman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments