#Hiburan: “Lovelah Datuk!” Peminat Terpukau Cef Fazley Bergelek Macam M. Daud Kilau Di Instagram

Kembali menjadi perhatian, bintang Gegar Vaganza ke-8 (GV8) Datuk Fazley Yaakob khabarnya ada menari dan ‘bergelek’ di media sosial Instagram, baru-baru ini.

Fazley Yaakob
3 hari lalu

Diharap Tersingkir Awal Dalam Program GV8, Fazley Yaakob Terima Komen Pedas Peminat Dengan Hati Terbuka

Advertisement

Ligat nampaknya Fazley sekarang, mungkin sedang mempersiapkan diri untuk konsert minggu ketiga agaknya.

Maklum cef selebriti itu, untuk tugasan minggu ke-3, dia dikehendaki untuk menyampaikan lagu bergenre dangdut dan sehubungan itu dia cuba untuk menyanyi sambil bergelek, persis M. Daud Kilau.

Minggu ini, saya dapat lagu dangdut Yang Sedang Sedang Saja nyanyian Iwa. Saya first time akan cuba untuk nyanyi sambil bergelek ni. Macam nak tercabut rasanya pinggul.

Tambah Fazley lagi, dia akan berusaha untuk memberikan persembahan yang lebih baik berbanding minggu-minggu yang lalu.

Advertisement

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memberi cadangan agar Fazley belajar untuk menari gelek melalui tarian Bollywood.

Malah ada juga yang meminta cef itu berlajar bergelek daripada raja gelek iaitu Datuk M. Daud Kilau.

The post “Lovelah Datuk!” Peminat Terpukau Cef Fazley Bergelek Macam M. Daud Kilau Di Instagram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments