#Hiburan: Meskipun Hilang Sebelah Kaki, Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

Meskipun bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU), ianya tidak menghalang Mohamad Shukor Jab untuk turut sama turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

Meskipun mempunyai kekurangan fizikal dan terpaksa bertongkat kerana kehilangan sebelah kaki, namun dia tetap bersemangat ketika memerlukan khidmat kerja-kerja pembersihan kawasan yang terjejas banjir di sekitar Sepang.

Advertisement
OKU bantu mangsa banjirSumber : Astro Awani 

Shukor yang terlibat sama dalam kumpulan ‘Dirt Buster Team’ difahamkan telah kehilangan sebelah kakinya itu disebabkan oleh kemalangan di usianya baru sahaja 11 tahun.

Ujarnya, dia berasa simpati dan sedih melihat nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir dan sekaligus menjentuk hatinya untuk menyertai kerja-kerja sukarelawan dan kemasyarakata ini.

 

Melihat kepada apa yang mereka alami, memang sesiapa saja akan rasa terpanggil untuk datang, kesian mereka. Saya sendiri walaupun OKU tapi tengok keadaan mereka, hilang dan terlupa apa yang saya kurang.

 

Setakat ini saya sertai kumpulan ‘Dirt Buster Team’ yang sangat komited untuk tolong mangsa banjir. Hari ini kita cubalah tolong penduduk di sekitar kawasan ini kerana sukarelawan pun sudah semakin kurang di sini.

Advertisement

Shukor ditemui Astro Awani ketika sesi tinjauan pasca banjir di kawasan Dengkil yang merupakan kawasan teruk terjejas akibat bencana alam itu.

Penduduk yang terkesan dilihat masih lagi dalam proses pembersihan berikutan golongan sukarelawan kebanyakannya sudah tidak dapat lagi hadir berikutan hari bekerja.

Kecurian Taman Sri Muda
4 hari lalu

Licin Dikerjakan Pencuri, Aktiviti Pecah Masuk Kedai Semakin Rancak Di Taman Sri Muda

The post Meskipun Hilang Sebelah Kaki, Ianya Tidak Menghalang Pemuda Ini Turun Padang Bantu Mangsa Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments