Pelawak Ali Puteh yang baru sahaja menggondol gelaran naib juara Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) memaklumkan bahawa dia akan memperuntukkan sebahagian wang kemenangannya bagi membantu mangsa banjir.
Walau bagaimanapun, Ali berkata dia akan mengambil pendekatan lebih berhati-hati iaitu tidak mahu terlalu berkongsi perkara tersebut secara terbuka di media sosialnya.
Ujarnya, dia mungkin tidak akan ke lokasi banjir namun akan memikirkan cara lain yang lebih sesuai bagi menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa terjejas.
Berkenaan Vicha dan Mamak saya tak pasti, namun rasanya mereka ada buat cara mereka. Saya akan buat cara sendiri tapi tidaklah ke lokasi banjir tapi cara lain yang lebih sesuai.
Tambah Ali, dia kalau boleh tidak mahu menunjukkan bantuan yang dihulurkan kerana enggan dikritik dan dikecam oleh individu yang tidak puas hati dengan dirinya
Kalau boleh tutup, kita tutuplah benda ini. Bukan apa, memang boleh tunjuk dan tiada masalah tapi takut orang kecam dan maki saya lagi nanti.
Ditanyakan mengenai golongan sasar yang akan diperuntukkan untuk menerima bantuan, Ali berkata dia akan melihat kawasan kampung yang terjejas terus seperti Hulu Langat, Dengkil, Ijok dan Parit Mahang.
Terdahulu, Kumpulan Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Vicha telah muncul sebagai naib juara MLM2021 yang melayakkan mereka memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM250,000 dan juga trofi kemenangan.
The post Enggan Disalah Erti, Ali Puteh Akui Lebih Berhati-Hati Dalam Memberi Bantuan Banjir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments