#Hiburan: “Tolak Tepi Semua Agama Bangsa, Paling Penting Sekarang Soal Kemanusiaan”

Bencana banjir yang berlaku di sekitar Selangor pada Sabtu lalu membuktikan rakyat Malaysia saling membantu tidak kira perbezaan agama dan bangsa.

Malah, beberapa masjid dilihat mengambil inisiatif untuk memberikan perlindungan kepada sesiapa, tidak terikat kepada umat Islam sahaja. Antara yang terawal membuka masjid sebagai tempat berlindung adalah Masjid Tunku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Advertisement

Masjid itu dilaporkan turut membuka pintu buat mereka yang bukan beragama Islam. Susulan itu, lebih 200 mangsa telah mendapatkan perlindungan selepas paras air meningkat di kawasan sekitar.

Menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Tuan Haji Idris Haji Ahmad, masjid-masjid di Wilayah Persekutuan telah diarahkan untuk membuka pintu bagi memberikan perlindungan dan dijadikan penempatan sementara mangsa banjir.

Masjid-masjid di Wilayah Persekutuan telah bersedia dan juga akan menyediakan keperluan-keperluan yang bersesuaian.”

Selain itu, pihak masjid juga turut menguruskan makanan melalui Program Dapur It’am dan JAWI Food Bank.

Menurut Gempak, ramai netizen meluahkan rasa syukur selepas melihat tiada diskriminasi dilakukan membabitkan tempat perlindungan di masjid.

Tolak tepi semua agama bangsa, paling penting sekarang soal kemanusiaan.”

Ramai turut senang hati dan memuji keputusan membuka masjid kepada semua mangsa tidak kira agama dan bangsa. Selain itu ada segelintir yang berharap semoga situasi itu membuatkan KKM membenarkan solat berjemaah dengan saf rapat.

20 jam lalu

"Truly Legend!" - Netizen Puji 'Abang Azwan', Bawa Bot Dari Melaka Untuk Bantu Mangsa Banjir

The post “Tolak Tepi Semua Agama Bangsa, Paling Penting Sekarang Soal Kemanusiaan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments