#Hiburan: “Gelupuh Kahwin Tapi Majlis Tak Ikut SOP?” – Diva AA

Pengacara sensasi, Diva AA tampil memberi teguran sarkastik tentang isu majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, Diva AA atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, turut mengaitkan nama penerbit Micheal Ang di dalam teguran tersebut.

Advertisement

Terdahulu, majlis resepsi pasangan selebriti yang berlangsung di sebuah villa di Genting Highland, Pahang itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen kerana dikatakan melanggar SOP.

Gelupuh kahwin tapi majlis tak ikut SOP? Jadi, nanti Michael Ang boleh tak kau menyalak kuat lagi?

Michael yang turut menghadiri majlis berkenaan dikatakan bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu pelanggaran SOP.

Advertisement

Menurut Michael, majlis itu berlangsung dengan keadaan yang patuh SOP. Malah, tetamu yang hadir turut diwajibkan untuk melakukan ujian calitan Covid-19 di klinik dan perlu menunjukkan sijil keputusan ujian tersebut selain perlu lengkap dua dos vaksinasi.

kamal uqasha
3 hari lalu

Didakwa Langgar SOP, Polis Siasat Majlis Kahwin Kamal Adli Dan Uqasha Senrose

The post “Gelupuh Kahwin Tapi Majlis Tak Ikut SOP?” – Diva AA first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments